assalamuallaikum =)
dh solat belum anda2 semua?? hehe
ok jom kupas skit tentang perihal solat diawal waktu.
drpd kita kecik start msuk sekolah, kita dah didedahkan dengan ilmu2 islam.
bagaimana cara nak bersolat.
ustaz2 ustazah2 mak ayh kita, selalu pesan, jangan tinggal solat..
solat itu wajib. dan mcm2 lagi..
kalo mak ayh xmrah kita, xmembebel dgn kita dari kcik,
msti kita amek benda tu mudah ja.. kila amek sambil lewa je perihal solat.
sbb tu la, bila kita dah ada anak nti, kena didik ank btul utk jd muslim dan muslimah sejati..
bila masuk asrama ja, tugas membebel tu da pass ke warden pulak..
warden pun kerahkan biro2 surau ke, badar ke g cri budak2 ponteng solat..
nmpk x, smpai mcm tu skali nk kena igtkan budak2 ni..
alhamdulillah.. dgn didikan fmly, warden ustaz ustazah cikgu2,
kita dah membesar dgn kesedaran dlm diri masing2..
dah mula disiplin kan diri cukupkan bilangan solat..
ditambah dgn solat sunat..tazkirah2 mgrib..
diingatkan dgn perkara2 yg dilarang ditegah..
jadi xde alasanlah utk kita trus jahil dlm ilmu agama..
kalo xtau, tyalah spa2 yg lebih arif..
internet pun dh kongsikan tentang ilmu agama dari sumber2 yang boleh dipercayai..
so skrg, ni.. kita kupas tentang solat di awal waktu..
byk fadhilat berdasarkan hadith2 sahih tentang kelebihan di awal waktu..
dan ada juga solat fardhu yg disunatkan utk lewatkan..
so mcm mna ni?? ada kta kita xle tgguh2 solat.. ada kta yg boleh dilewatkan utk solat2 tertentu..
haaa mcm mna tu??
Hadith 1
الصلاة في أول الوقت : رضوان الله وفي آخره عفو الله (رواه الترمذي)
Ertinya: ” Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhjrnya mendapat keampunan Allah”
الصلاة في أول الوقت : رضوان الله وفي آخره عفو الله (رواه الترمذي)
Ertinya: ” Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhjrnya mendapat keampunan Allah”
(Riwayat At-Timidzi tetapi Albani mengatakan Mawdhu)
Hadith 2
سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)
Ertinya: ” Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu”
Ertinya: ” Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu”
(Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Shahih)
Hadith 3
Nabi SAW bersabda. Ertinya : “Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam.”
(Hadith Shahih riwayat Al-Bukhari)
Hadith 4
Nabi SAW bersabda : Ertinya : “Kiranya tidak menjadi keberatan bagi umatku , nescaya akan ku arahkan mereka agar melewatkan solat isyak (jemaah) sehingga 1/3 atau ½ dari malam”
Hadith 5
Nabi SAW bersabda : Ertinya “Jangan kamu melewatkan solat kerana makanan dan juga lainnya”
(Riwayat Abu Daud , Al-Albani menyatakannya Dhoif)
Hadith 6
Nabi SAW Bersabda : Ertinya : “Lewatkanlah solat fajar, kerana ia lebih agung ganjarannya”
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasaie, Abu Daud dan Ibn Majah. Tirmizi menyatakan ia Hadith Hasan Shohih , bagaimanapun Al-Haithami menyatakan dalam rawinya terdapat Abd Rahman Bin Zaid, ia adalah Dhoif)
secara generalnya, lebih afdallah kita solat di awal waktu..
sebab kita xtau bila ajal kita menjemput kita.. tetbe smpai ajal, xsempat pulak solat.. huhuh
dan mmg ada solat yg dibolehkan utk dilewatkan contohnya solat subuh dan zuhur..
ada beberapa pandangan tentang solat awal waktu mengikut mazhab yg berbeza.. jom tgk..
Mazhab Hanafi: Sebaik waktu adalah di awalnya, kecuali Subuh dan Asar, Hanafi berpandangan lebih afdhal ditunaikan subuh ketika hampir terang, bagi meramaikan jemaah di masjid. Merka berdalil dengan hadith yang keenam di atas. Bagaimanapun Majoriti Mazhab mengatakan Subuh ketika gelap (awal waktu) lebih afdhal.
Adapun sebab afdhal melewatkan solat asar, kerana bagi membolehkan solat sunat sebanyak mungkin sebelumnya.
Mazhab Maliki: Sebaik2 waktu adalah permulaannya samada jemaah atau bersendiri, zohor dan lainnya. Mrk berdalilkan kpd hadith yang pertama, kedua dan kelima tadi. Lalu semua jenis solat adalah afdhal diawalkan kecuali jika menunggu jemaah sampai.
Mazhab Syafie: Disunatkan menyegerakan solat semuanya kecuali Zohor, disunatkan menunggu sedikit redup dan kurang panasnya. Pandangan ini berdasarkan hadith ketiga di atas.
Mazhab Hambali: Afdhal waktu adalah di awalnya kecuali Isyak dan Zohor. Melewatkan Isyak hingga ke 1/3 malam adalah afdhal kiranya tidak menyukarkan makmum. Ia berdasarkan hadith ke empat di atas. Adapun waktu Zohor berdalilkan hadith ketiga.
kesimpulannya,
solat awal waktu lebih afdhal kecuali disebabkan beberapa perkara
seperti menunggu jemaah diramaikan untuk solat subuh bersma2,
memperbanyakkan solat sunat sebelum asar,
melakukan qiamullai bagi isyak
dan menyejukkan bahang panas sebelum zuhur.
tanpa alasan untuk perkara2 diatas, lebih afdhallah solat diawal waktu..
semoga perkongsian ini dapat menambahkan lagi amalan kita untuk saham disna.
=)
No comments:
Post a Comment