Pages

allahuakbar.. hati rasa xtenteram

assalamuallaikum..

hr ni nk share method or cara or kaedah nk bersihkan hati kita yg mkin hari makin kotor..
kalau baju yg dipakai hr2 xbercuci.. mkin teballah daki2 melekat kt bju tu..
mkin sush lah nak sental bju tu smpai putih bersih..
tp kalo hr2 kita sental bju tu, cuci bju bersih siap clorox vanish bagai, 
in sya allah lebih bersih dan cerah compare to keadaan yg berdaki truk xberbasuh tdi..
mcm tu juga lah hati kita ni..

kita xsedar hari2 kita buat dosa kering.. setiap dosa yg kita buat tu,
akan tggalkan kesan tompok hitam pada hati kita..
tu bru dosa kering yg kecik2 yg kita xsdar..
blom masuk dosa2 besar yg kita sedar tapi mcm " err, its ok kot.. "
pastu g buat jgak.. huhu 
astaqfirullahhalazim..

walau sebaik mana kita depan org pun, xbermakna iman kita betul2 kuat..
iman kita sering diuji dgn mcm2 cara..
harta benda, ujian, bala, kejayaan, kesusahan, nafsu maksiat..
sbb syaitan xpernah berenti pun bebisik kt tlinga kita hri2..
jadi, itu dh jd tgjwb kita nk melwan hasutan2 syaitan tu..
dgn cara kuatkan iman.. tetapkan iman.. pertahankn iman msing2..
tp yg tu la yg sgt sush kita nk buat skrg,, huhuh.. 
kdg2 kita akan kalah juga dgn hasutan2 jht tu..
yg menyebabkan kita trus buat dosa hari2 
smpai hati kita ni bertambah2 la hitamnya.. huhuh

bila hati kita dah bertambah hitam kotor, mmg susah kita nak digest
menda2 postive, aura2 postive.. asek sedut yg -ve je memanjang.. 
asek nk buat menda yg sma ja..wlpun kita tau menda tu xbaik..
kita cuba nk lawan.. cuba beristiqfar bila kita sedar menda tu xbaik..
yg sgt berdosa jahat.. 
cuba nk jadi mnusia yg baik lpas kita trsedar yg kita dh buat salah tu..
itu pun alhamdullillah lah kalo kita tersedar yg kita buat dosa.. 
cpt2 beristiqfar.. ada tu jnis yg xsedar2.. lagi haruuu...
tp kalo dah buat dosa tu sempat bertaubat mntak ampun xpela kan.. 
ni kalo kita xsempat cmne?? ajal bukn kita tau bila2 nk mai..
nauzubillah.. mntak dijauhkan dri keadaan yg mcm tu.. huhuh

ok.. balik ke point bila hati kita dah kotor tdi.. 
kdg2 tu, ada juga byk2 entry or post2 yg bertanya kan ke ustaz or ustazah..
someone ni dia nk jdi baik dri buat smthing yg berdosa.. n tau satu kesalahn..
then dia sentiasa igtkan dri dia.. tp kdg2 dia xterlepas dr buat menda yg sma sbb
menda tu dia dh slalu buat dlu sdgkan dia dh cuba insaf.. cmne tu?? haa

smalah konsep masa bulan ramadhan.. setan suma dah kena ikat gari, 
tp kenpa masih ada manusia2 yg still xleh tahan nafsu jaht diorg..
mencuri , maksiat.. spa pulak yg p bisik kt tlinga depa ni??
setan mana pulak mai kalo dah suma kena gari bulan posa?? haaa acane tu??
so, jwpan nya, menda tu dtg dri diri kita sendri..
ibarat air yg dikacau dgn sudu, bila sudu dah berenti kacau air,
air tu masih amek masa untuk berenti berpusing dlm cwan tadi.. haa nmpk x konsep tu..
sbb kita dah biasa kan hati kita dgn menda2 kotor tu.. hati kita sush nk trima menda2 baik
bila dah gelap tepu dgn dosa.. then tugas kita adalah untuk bersihkan hati kita semula..
supaya kita terpelihara dr sbrg kejhatan..

peringatan utk diri sndri juga.. sbb kita semua xterkecuali yg slalu buat silap je..
 jom tgk, cra2 nk bersih kan hati =)

renung2kan dan selamat beramal =D

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

BAGAIMANA hendak membersihkan hati yang kotor? Dalam hal ini, Rasulullah saw pernah bersabda maksudnya: “Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi.”

Lalu orang bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkanya?”

Jawab Rasulullah: “Membaca al-Quran dan mengingati mati.” Membaca al-Quran dijelaskan di sini bagi membersihkan kekotoran di jantung yang didatangkan syaitan mengikut saluran darah.

Sabda Rasulullah lagi bermaksud: “Tiadalah antara yang memberi syafaat yang lebih utama kedudukannya pada Allah daripada al-Quran.

Tidak nabi, tiada malaikat dan tidak lainnya.”

Baginda bersabda lagi: “Yang terbaik daripada kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”.

Amalkan membaca al-Quran pada malam, terutama malam Jumaat dan malam-malam awal, pertengahan dan akhir bulan. Seperti yang diriwayatkan, al-Quran itu ada jantungnya seperti manusia yang mempunyai jantung dalam dirinya.

Yang dimaksudkan dengan jantung al-Quran ialah surah Yasin.

Justeru, hikmat membaca Yasin pada malam Jumaat, pada malam bulan Ramadan dan pada subuh menjelang hari raya adalah terlalu besar serta diampunkan dosanya.

Sabda Rasulullah: “Jantung al-Quran adalah surah Yasin. Tidaklah dibaca akan dia oleh seorang melainkan menghendaki keredaan Allah dan keselamatan pada hari akhirat dan Allah mengampuni dosanya.”

Ayat terbesar dan digelar raja segala ayat dalam al-Quran ialah ayat Kursi.

Hadis Nabi: “Sebesar-besar ayat di kitab Allah ialah ayat Kursi.

“Ada satu ayat yang menjadi penghulu daripada segala ayat.

“Jika dibaca ayat itu dalam sebuah rumah, sedangkan di dalamnya ada syaitan, maka keluarlah syaitan itu dari rumah itu.

“Ayat itu ialah ayat Kursi.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Firman Allah bermaksud: “Tidak akan diseksa hati yang terbendung dalamnya ayat-ayat suci al-Quran pada akhirat nanti.”

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya... ... (perkara yang elok- elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik,berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -
Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat.

18 Mengingati kematian





No comments:

Post a Comment